Setepak Sirih
March 9th, 2007 by syahiddmilikkuAsslamualaikum wth buat sahabat yang lahir luhurnya beragama islam dan salam sejahtera andai sahabat non-muslim yang sudi melayari blog yang jelas sekali tidak mempunyai apa² keistimewaan ini. Kalam terawal yang ingin saya lakarkan disini, terlintas di benak saya sejak seminit mula saya menaip sebentar tadi ialah ingin mengabadikan rasa rindu dan sayang sekali kepada kedua orang tua saya yang berada nun di tanah air sana, tanah air yang telah saya tinggalkan lebih kurang 7 bulan lamanya. walaupun orang mengatakan saya anak emak, suka tidur bawak ketiak ibu namun saya tetap berbangga kerana saya masih punya peluang untuk bertanya khabar, memberi salam ketika berbual di talian telefon, mendengar nasihat ibu setiap kali hampir menghabiskan perbualan dan menyayangi ibu dan bapa serta keluarga tercinta yang mana hanya merekalah yang satu di dunia ini tiada yang dua. Mungkin mereka tidak sanggup mengatakan demikian apabila sedar orang tersayang mereka sudah tiada di sisi. Dan kerana sayang kepada orang tua, saya sanggup menghabiskan 100 dh (RM 50) sebulan untuk membeli evoiz(salah satu perkhidmatan pra-bayar) dan menghubungi keluarga setiap 4 hari sekali! tidak kisah andai saya dikatakan "manjanya kau ni" atau "ayah mak ko sihat lah, x payah tipon byk kali!" oleh segelintir umat manusia yang lain, tapi memandangkan saya berusaha jadi anak yang soleh saya hubungi juga orang tua saya tu. Mungkin kita tidak sedar bahawa kedua ibu bapa adalah bos kita didunia yang sementara ni. apa tidaknya, tiada restu dan keampunan dari ayah dan ibu, maka apa guna hidup didunia apatah lagi neraka sudah pasti neraka rumah akhirat sana! Renungkan, pentingnya ibu bapa, derhaka kita pada mereka adalah dosa besar ganjarannya!
Segala apa yang saya coretkan disini, hanyalah sekadar celoteh warming up sebelum saya mencoret lebih banyak lagi kisah menarik dalam pelbagai kategori di ruangan sekecil ini namun ada impak yang besar kepada hidup seharian kita, tidak begitu? jika anda bersetuju dengan pandangan saya syabas anda pasti manusia berjaya! Tetapi sebelum saya memberhentikan mata cursor ini dengan noktah, anda pasti tertanya² mengapa topik ibu dan ayah saya ketengahkan? sebabnya, petang sebelum malam saya mencoret topik ini, rakan-rakan serumah saya ada menayangkan ala² pawagam haram gitu dalam rumah kitorang, cerita yang dibawakan adalah mengenai kasih seorang anak yang hidup dengan seorang ibu yang lumpuh. kisah itu menyaksikan pengorbanan anak menyara ibunya yang lumpuh. Walaupun Rusdi Ramli bagi saya tidaklah begitu sesuai dengan watak yang dibawanya(saya pun kurang suka dgn hero melayu ala² samseng kg.dusun), namun watak anak yang ingin dipersembahkan oleh pengarah sudah cukup mengusik jiwa seorang anak seperti saya. Oleh itu, harapan saya kepada pembaca kalam tidak seberapa ini, SAYANGILAH IBU BAPA ANDA SEMENTARA MASA BELUM TERLAMBAT.Wassalam….
0345, Sabtu
shahiddan